Saturday, 1 October 2011

KEBAIKAN PENULISAN

-->
          Penulisan adalah satu perkataan yang tidak asing bagi penggemar-penggemar novel,peminat majalah,buku cerita,surat khabar dan banyak lagi hasil yang muncul hanya dari perkataan tersebut. Perkataan yang pendek itu sahaja cukup menggambarkan keperihatinan dan kesungguhan penulis membawa pembaca melayari satu perasaan dan keadaan yang sama dengan penulis tersebut. Betapa bijaknya penulis bermain dengan perkataan-perkataan yang mampu membuat pembaca berangan dan berfikir sejenak dengan apa yang di tulisnya itu. Tidak kiralah cerita, mahupun ilmu yang cuba disampaikan oleh seseorang penulis itu , semuanya memberi banyak kebaikan kepada pembaca .
          Antara kebaikan penulisan adalah penulis dapat mengetahui kemampuan dan potensi diri dalam bidang penulisan. Kemampuan antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Mungkin ada yang mempunyai bakat dalam penulisan cerpen , novel dan mungkin dalam penulisan artikel. Setiap individu dan setiap fikiran adalah berbeza antara satu sama lain. Kerana itulah, penulisan amat penting untuk mengetahui kemampuan diri dalam sesuatu bidang. Sesetengah individu beranggapan mereka menulis secara suka-suka, sedangkan mereka tidak menyedari bakat yang mereka miliki mampu di kembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, penulis blog dan penulis cerpen yang mungkin bermula sebagai hobi tidak menyedari hasil tulisan mereka di gemari oleh pembaca.
          Penulisan juga dapat meningkatkan daya kecekapan berfikir secara kritis dan kreatif. Daripada hasil penulisan novel contohnya, jelas menggambarkan sikap dan cara penulis berfikiran kreatif dengan membawa pembaca merasai dan menjadi watak yang di tulis oleh penulis tersebut. Hasil penulisan yang  kreatif juga adalah satu penulisan yang dapat membuat pembaca terbuai dengan pelbagai perasaan contohnya marah, geram, sakit hati, sedih dan gembira apabila membaca sesuatu penulisan. Penulis yang kritis pula bijak memberi pengaruh kepada pembaca. Sebagai contoh, pamflet-pamflet yang diedarkan oleh pasaraya dan jualan dalam internet yang menceritakan kebaikan dan kelebihan sesuatu produk memberi satu keinginan kepada pembaca untuk mencuba dan menggunakan produk-produk tersebut sehinggakan ada yang tidak mementingkan harga yang mahal akibat daripada pengaruh tulisan pamflet atau artikel tersebut.
          Sarjana penulisan terkemuka, Horton mendefinisikan penulisan sebagai “mencatatkan perkara-perkara di atas kertas yang membolehkan anda berpegang pada satu idea,sementara anda terus meneroka beberapa idea yang diruntuti oleh suara kecil disebalik pemikiran anda yang mungkin bersangkutan dengannya.” Manakala Zaba mendefinisikan penulisan sebagai “satu pekerjaan menyusun perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan atau merupakan satu fikiran hati atau suatu kisah cerita supaya dapat difahamkan oleh orang-orang lain apabila didengar atau dibaca mereka susunan-susunan itu.” Begitu banyak definisi tentang penulisan yang di kemukakan oleh orang bijak pandai dan semua mereka mempunyai pendapat yang berbeza antara satu sama lain. Pernahkah kita semua terfikir apa yang menyebabkan perbezaan pendapat itu berlaku di kalangan bijak pandai tersebut?
          Dalam penulisan, golongan pembaca adalah golongan yang sangat penting dalam menilai sesebuah penulisan itu berada di tahap terbaik atau memuaskan. Dalam hal ini, seseorang penulis itu seharusnya bijak dalam menarik para pembaca untuk membaca hasil buah fikiran mereka. Selain daripada menjadi seorang penulis itu sendiri, penulis juga haruslah menjadi seorang pembaca sekaligus sebagai penilai kepada hasil tulisan mereka. Hal ini kerana, seorang penulis yang baik mampu memahami apa yang di ingini oleh para pembaca.
          Antara faktor penting untuk membaca sebuah penulisan adalah hasil tulisan itu haruslah mempunyai seni penulisan yang tinggi iaitu retorik yang merangkumi pendahuluan, isi, dan penutup. Hal ini penting untuk memastikan hasil tulisan seseorang penulis itu mudah di fahami dan teratur dalam mengupas idea mereka itu sendiri. Selain itu, hasil tulisan itu mestilah mempunyai pengetahuan atau memberi sesuatu info kepada pembaca. Dalam hal ini, berkemungkinan dalam satu keadaan, seseorang pembaca itu mencari maklumat untuk sesuatu tugasan, andai sesuatu tulisan itu dapat memberi seseorang pembaca itu satu info yang banyak dapat membantu tugasannya, berkemungkinan, hasil tulisan kita yang di cari dan akan di baca olehnya. Ramai penulis yang cuba untuk mencuri hati para pembaca dengan menulis tentang info kesihatan, kecantikan, dan banyak lagi ilmu yang boleh di cedok oleh pembaca dalam membaca hasil dari suatu tulisan yang berinformasi.
          Ironinya, banyak kebaikan penulisan kepada orang yang tahu menghargai sesuatu hasil karya penulis. Ilmu penulisan haruslah diterapkan ke dalam diri setiap individu kerana sebagai manusia yang mempunyai akal. Kita juga tidak boleh terpisah daripada penulisan dalam kehidupan harian kita. Dalam tidak sedar, sebenarnya, kita sentiasa menulis untuk mencatat pelbagai benda dalam kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment

!
G
N
A
T
A
D
T
A
M
A
L
E
S